DCLsuccess.blogspot.com - Laman Fazz

DCLsuccess.blogspot.com memberikan info berkenaan produk kesihatan DCL. Mari merialisasikan impian anda di DCLsuccess . Terima kasih

Punca Tekanan Darah tinggi


Apakah dia Tekanan Darah?

Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam di mana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza.

Bagaimana Tekanan Darah Diukur?

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan keatas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

Tekanan Darah berubah-ubah?

Perlu diketahui bahawa kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.

Apakah dia tekanan darah tinggi?

Kadar tekanan darah yang sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa untuk suatu jangkamasa yang yang lama. Kadar tersebut adalah melebihi kadar Tekanan darah optima iaitu 130 / 80 mmHg.
Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak menunjukan sebarang gejala. Anda mungkin mengalami tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama ada merasa diri anda sihat. Berjumpa doktor adalah satu-satunya cara untuk mengetahui tekanan darah anda.

Komplikasi tekanan darah tinggi

Tekanan darah tinggi secara berkekalan boleh mendatangkan komplikasi seperti berikut:
1) Serangan jantung
2) Angin ahmar
3) Kegagalan jantung
4) kerosakan buah pinggang

Langkah untuk mengelak serangan jantung?

1) Periksa tekanan darah secara berkala sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
2) tidak merokok
3) kurangkan pengambilan garam
4) kurangkan makanan berlemak
5) Kekalkan berat badan unggul
6) Bersenam secara berkala
7) Elakkan pengambilan alkohol

Rujukan : Portal kementerian Kesihatan

Punca Penyakit Jantung




Jantung
adalah satu organ penting yang mula berfungsi sejak janin sehinggalah seseorang itu meninggal dunia. Ia mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan nutrien keseluruh badan melalui sistem peredaran darah.



Jantung yang sihat mampu mengepam sebanyak sepuluh ribu liter darah sehari dan ia akan berdenyut kira-kira seratus ribu kali sehari, iaitu diantara 60 hingga 80 kali seminit.Seseorang itu boleh menghidap dua jenis penyakit jantung, Iaitu penyakit jantung kongenital dan bukan kongenital.

Sakit jantung kongenital berlaku ketika dalam kandungan seperti jantung berlubang dan kecacatan injab jantung manakala sakit jantung bukan kongenital berlaku akibat jangkitan atau cara hidup tidak sihat seperti penyakit jantung koronari.

Faktor Risiko Serangan jantung:

1) Kurang bersenam atau tidak aktif.
2) Merokok.
3) Pemakanan yang tidak sihat.
4) Kegemukkan
5) Diabetes
6) Penyakit tekanan darah tinggi.
7) Tekanan perasaan.

Tanda Serangan Jantung:

1) Sesak nafas.
2) Sakit dada yang menekan, bermula dibahagian tengah atau kiri dada dan
lazimnya merebak ketengah atau kiri dan selalunya merebak
ke lengan kiri dan leher.
3) Sakit mencengkam sehingga boleh menyebabkan pitam atau pengsan. Berpeluh dingin.
4) Berasa sejuk walaupun suhu persekitaran panas.
5) Pening kepala dan loya.

Cara mencegah serangan jantung:

1) Bersenam sekurang-kurangnya 3x seminggu iaitu, 20 hingga 30 minit.
2) Kekalkan berat badan unggul( BMI-body mass index)
3) Makan secara sihat.
4) Berhenti merokok.
5) Belajar menangani tekanan perasaan.
6) Periksa tekanan darah.
7) Periksa glukosa darah.
8) Awasi paras kolesterol.
9) Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala


Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia.

Punca Berlaku Kencing Manis (diabetes)?








Penyakit kencing manis
adalah satu keadaan di mana terdapat kadar gula yang berlebihan dalam peredaran darah. Ini terjadi kerana badan kekurangan sesuatu hormon yang dipanggil insulin yang diperlukan untuk menukar gula kepada tenaga dalam badan kita. Insulin adalah sejenis hormon yang dihasilkan oleh organ bernama pankreas yang terletak dibawah perut.


Badan kita mengeluarkan tenaga untuk menjalankan tugas harian daripada makanan. Dalam perut, makanan berkanji dan bergula yang dipanggil makanan karbohidrat ditukar kepada bahan gula yang dipanggil glukos dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia akan digunakan oleh badan untuk menghasilkan tenaga. Glukos adalah punca utama yang memberi tenaga.

Dalam keadaan biasa, insulin membantu gula (glukos) dalam darah untuk memasuki sel-sel badan untuk ditukarkan kepada tenaga. Bagi orang yang mengidap penyakit kencing manis, organ pankreas tidak dapat menghasilkan hormon insulin dengan secukupnya atau insulin yang dikeluarkan tidak dapat bertindak seperti biasa.


Akibatnya, glukos atau gula tidak dapat memasuki sel-sel badan. Kadar gula dalam peredaran darah menjadi tinggi. Gula yang berlebihan ini akan disingkirkan oleh badan melalui air kencing. Inilah sebabnya, penyakit ini dikenali sebagai penyakit kencing manis. Tanpa insulin, sel-sel badan tidak menerima bekalan glukos, walaupun kadarnya amat tinggi dalam peredaran darah. Ini menyebabkan badan akan kekurangan tenaga.


Siapakah pengidap penyakit kencing manis ?


Sesiapa pun boleh mendapat penyakit ini.Tetapi mereka yang datang daripada keluarga atau keturunan di mana terdapat ahli-ahli yang mengidap penyakit kencing manis sudah meningkat umur (40 tahun ke atas) mempunyai berat badan berlebihan atau gemuk mempunyai risiko yang lebih untuk mendapat kencing manis

Hukum MLM dalam Islam

Petikan dari harian Metro

FIKRAH DR.SALAM
Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Abdul Salam Muhammad Shukri sedia membantu umat Islam yang berhadapan kemusykilan agama. Hantarkan masalah lengkap dengan nama, alamat penuh dan nombor telefon kepada:
Pengarang Rencana, Harian Metro, 31, Balai Berita Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.

Beli produk halal sistem MLM dibolehkan


SOALAN saya adalah rentetan huraian Dr pada keluaran lalu mengenai perniagaan pelbagai peringkat (MLM), mengatakan perniagaan termasuk sistem piramid dan ala Pak Man Telo adalah haram pada hukumnya. Apakah pula pendapat Dr dalam sistem perniagaan ini, sekiranya saya turut serta semata-mata untuk membeli produk kegunaan keluarga dan dijual kepada rakan, tanpa melantik 'downliner' (peserta peringkat bawah)? Produk sedemikian seperti ***** amat baik untuk kesihatan tetapi tidak terdapat di pasaran bebas. Sebagai ahli saya akan dapat potongan harga pada setiap pembelian.


ZAINAB, Selangor.

Jawapan

APA-apa aktiviti ekonomi yang halal dibenarkan Islam, lebih-lebih lagi membabitkan perniagaan asalkan tidak bercanggah dengan hukum Islam. Perniagaan MLM secara umum dibenarkan apabila ia benar-benar membabitkan jual beli produk. Ia diragui apabila hanya memberikan fokus kepada melantik 'downliner' semata-mata dan bukan jualan produk. Akhirnya perniagaan ditutup apabila ejen melarikan diri selepas mengutip bayaran keahlian.Mengenai pertanyaan anda, tiada halangan membeli produk terbabit untuk kegunaan sendiri dan keluarga asalkan ia halal dan tidak memudaratkan. Begitu juga menjual kepada rakan lain.
 
Apa itu Produk Asas 5P? Ketahuinya disini >>>