DCLsuccess.blogspot.com - Laman Fazz

DCLsuccess.blogspot.com memberikan info berkenaan produk kesihatan DCL. Mari merialisasikan impian anda di DCLsuccess . Terima kasih

Set Apple Gold 5 in 1



Set Apple Gold 5 in 1
Beauty Through Nature

Set Apple Gold 5 Dalam 1, telah diformulasi khas untuk syarikat DCL oleh pakar dengan formula eksklusif berasaskan bahan mewah semulajadi dari ekstrak epal hijau, aloe vera, jojoba, kacang soya, timun, serbuk emas, bio-marine dan bahan-bahan anti penuaan yang dihasilkan dengan Teknologi Nano terkini. Teknologi Nano berkebolehan untuk memperhaluskan kandungan produk supaya menghasilkan penyerapan seratus-peratus. Dengan demikian kulit akan memperolehi kesan sepenuhnya dari produk tersebut.

Berkonsep ’Beauty through Nature’, set Apple Gold ini menggabungkan Teknologi Nano terkini bersama bahan-bahan yang bermutu tinggi, suci dan semulajadi untuk menghasilkan produk bertarak global yang memberi kesihatan kulit keseluruhannya (total skin wellness).

Apple Gold Skincare Set 5 Dalam 1 ini adalah set lengkap untuk kegunaan anda seharian. Penggunaannya setiap hari dengan cara yang betul dapat mencerahkan dan menegangkan kulit, mengurangkan tanda-tanda penuaan serta mampu membuat kulit menjadi lembut, lembab dan bermaya. Ia juga dapat mengelakan kerosakan kulit daripada bahaya sinaran UV.


Set Apple Gold ini sesuai diguna oleh semua jenis kulit kecuali yang mempunyai masalah akne, kulit yang sensitif dan berminyak keterlaluan.


Set Apple Gold 5 dalam 1
Berkonsep Beauty Through Nature
Menjadikan kulit anda lebih segar, tegang, lembut, cerah dan berseri. Sekarang keistimewaan semulajadi boleh anda miliki dengan set Apple Gold 5 dalam 1 keluaran DCL.




APPLE BAR

Pembersih muka ini dapat menanggalkan makeup, kotoran dan minyak yang berlebihan tanpa mengeringkan kulit. Ia juga membantu menanggalkan kulit-kulit mati untuk melicinkan dan mencerahkan kulit. Kandungan Serbuk Emas didalam Apple Bar, berkesan untuk mengurangkan pigmentasi serta membuat kulit wajah bersinar dan berseri-seri.

Aplikasi:

1. Basahkan muka dengan air.
2. Basahkan dan gosok Apple Bar dengan air hingga menjadi seperti krim.
3. Sapu di muka menggunakan jejari dengan bulatan besar selama 2 minit, jangan digunakan di bahagian mata.
4. Bilas muka dengan air hingga bersih.


APPLE FACIAL TONER

Membersihkan sisa-sisa kotoran pada wajah. Mengimbangi pH dan warna kulit dan mengecilkan pori-pori. Menghidrat dan menyegarkan kulit.

Aplikasi:

1. Spray Apple Facial Toner selepas mencuci muka dengan Apple Bar.
2. Tutup mata dan mulut, spray dari jarak 30 cm dari atas ke bawah muka. Tepuk dengan jari hingga meresap ke kulit. Boleh digunakan sebagai penyegar kulit jika perlu.


APPLE MOISTURIZER

Mengekalkan kelembapan, mencerahkan dan menegangkan kulit. Membantu mengatasi tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan kulit kendur.

Aplikasi:

1. Sapu sedikit Apple Moisturizer di seluruh muka dan leher selepas menggunakan Apple Bar dan Apple Facial Toner.
2. Lebihkan Apple Moisturizer pada bahagian yang kering. Boleh disapu di bahagian bawah dan tepi mata.


APPLE UV PROTECTION CREAM

Melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB yang menyebabkan penuaan sebelum masa. Krim ini melicinkan kulit dan adalah sangat berkesan sebagai asas makeup.


Aplikasi:

1. Apple UV Protection Cream harus disapu selepas Apple Moisturizer.
2. Ratakan Apple UV Protection Cream diseluruh muka dan leher. Jangan disapu di bahagian mata.


APPLE NIGHT CREAM

Menegangkan kulit, mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan, pori-pori terbuka, kulit kendur dan pigmentasi. Berkesan untuk mencerahkan kulit dan meningkatkan kesihatan sel-sel kulit. Mempermuda dan memperbaiki kulit ketika anda tidur.


Aplikasi:

1. Apple Night Cream harus digunakan pada waktu malam sahaja.
2. Cuci muka dengan Apple Bar dan spray Apple Facial Toner.
3. Sapukan Apple Night Cream keseluruh muka dan leher. Boleh disapu di bahagian bawah dan tepi mata.

PERINGATAN
Apple Gold Skin care Set 5 dalam 1 tidak boleh digunakan jika mempunyai masalah akne, kulit sensitif dan masalah kulit berminyak yang keterlaluan.
Sekiranya anda mempunyai kulit yang sensitif, sila cuba satu-persatu produk ini dibahagian dagu atau leher dan lihat kesannya dalam tempoh satu jam. Jika kulit anda bengkak, gatal keterlaluan atau kemerahan, anda menghadapi alahan dengan set ini dan tidak digalakan untuk menggunakannya.
Produk ini tidak sesuai digunakan oleh mereka yang mengalami alahan pada makanan laut.Penggunaan produk ini mungkin menyebabkan sedikit kegatalan atau pengelupasan. Ini disebabkan oleh tindak balas asid malik sejenis AHA.Set ini disyorkan kepada anda yang berumur 25 tahun ke atas. Bagi yang berumur bawah dari 25 tahun, elakkan dari mengguna Apple Gold Night Cream.

Untuk Lebih mengetahui cara penggunaan Set apple gold, Lihat video dibawah :

HARGA
WM RM398.00
EM RM428.00
BRU&S'PORE $210.00

0 comments:

 
Apa itu Produk Asas 5P? Ketahuinya disini >>>