DCLsuccess.blogspot.com - Laman Fazz

DCLsuccess.blogspot.com memberikan info berkenaan produk kesihatan DCL. Mari merialisasikan impian anda di DCLsuccess . Terima kasih

DCL jadikan Sarina jutawan






Petikan akhbar kosmo 10 OGOS 2009

















Sarina menunjukkan pelbagai produk keluaran DCL di Senawang, Seremban baru-baru ini.


SEREMBAN - Tidak ramai golongan wanita yang berani mengambil risiko menceburi bidang perniagaan pemasaran pelbagai peringkat (MLM) kerana pelbagai dugaan terpaksa diharungi.

Namun, kecekalan seorang bekas guru Bahasa Melayu, Sarina Hashim, 45, telah berjaya membuktikan bidang tersebut benar-benar mempunyai prospek jika tekun berusaha sehingga mampu bergelar jutawan dalam tempoh kurang dua tahun menjalankan perniagaan itu melalui syarikat De Classic Life (DCL).

"Di awal pembabitan pada tahun 2007, saya hanya mempunyai satu matlamat iaitu ingin mengubah kehidupan keluarga.
"Ternyata usaha gigih dan komitmen tinggi saya untuk hidup mewah membuatkan saya berjaya mencapai cita-cita itu,'' katanya yang telah berjaya mencapai tahap Crown Ambassador (CA) dalam tempoh setahun,'' katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Ibu kepada empat cahaya mata yang berusia antara 5 hingga 19 tahun itu berkata, setelah mengecapi kejayaan tersebut, beliau kini berazam untuk melahirkan lebih ramai usahawan khususnya di kalangan wanita dengan merangka pelbagai strategi serta program kecemerlangan MLM untuk mereka.

Sehubungan itu, beliau dan beberapa CA yang lain sering menganjurkan seminar termasuk bengkel latihan, ceramah motivasi, program pembangunan diri serta rekreasi untuk mereka yang ingin berjaya.

"Kami anjurkan pelbagai program dan seminar agar bakal usahawan ini dapat melihat peluang serta potensi yang ada pada diri mereka sendiri," katanya.

Tambah Sarina, kebanyakan mereka yang terlibat dalam program berkenaan ialah golongan berpendapatan sederhana dan profesional, suri rumah dan usahawan sepenuh masa serta separuh masa.

Strok / Angin Ahmar

Apa itu strok/angin ahmar?

Strok/angin ahmar adalah satu keadaan dimana berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah.

Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen. Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang. Diantara simptom/gejala yang ketara adalah pengsan, tidak sedarkan diri dan/atau lemah sebahagian anggota.


Strok/angin ahmar adalah penyakit yang merbahaya yang boleh mengakibatkan kecacatan kekal diperingkat dewasa.Statistik hospital-hospital kerajaan menunjukkan peningkatan ketara pesakit Stroke/Angin Ahmar dan kematian akibat Strok/Angin Ahmar. Di Hospital Kuala Lumpur data statistik mencatatkan 30-35 peratus kematian daripada 1000 kes penghidap
Strok/Angin Ahmar yang dirawat.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada Tahun 2001 terdapat 20.0 juta penghidap stroke seluruh dunia, 5.5 juta membawa maut.

Apakah faktor risiko yang menyumbang kepada strok/angin ahmar?

Faktor risiko penyumbang kepada strok/angin ahmar yang tidak boleh dikawal adalah:

1) Umur - peningkatan umur anda, terutama apabila meningkat umur hingga
65 tahun ke atas,risiko mendapat strok/angin ahmar lebih tinggi.
2) Jantina - Lelaki lebih berisiko tinggi dari wanita.
3) Sejarah keluarga - Risiko anda lebih tinggi jika terdapat ahli keluarga yang
menghidap strok/angin ahmar atau angin ahmar ringan (Minor Stroke/Transient
Ischaemic Attack)


Faktor risiko untuk anda mendapat strok/angin ahmar adalah:

1) Tekanan darah tinggi
2) Kencing manis
3) Paras kolestrol tinggi
4) Merokok
5) Berat badan yang berlebihan
6) Cara hidup tidak aktif
7) Tekanan/stress
8) Pemakanan - kurang serat dan tinggi lemak
9) Minuman keras - minum minuman keras yang berlebihan

Bagaimana saya tahu yang saya diserang strok/angin ahmar?

Bila anda mengalami salah satu atau lebih gejala strok/angin ahmar, sila berbincang dengan petugas kesihatan atau pergi mendapatkan nasihat di klinik kesihatan berhampiran.

Doktor anda akan mengesahkan gejala yang anda alami dengan membuat pemeriksaan dan ujian tertentu. Selepas itu doktor akan menentukan diagnosa samada anda mengalami strok/angin ahmar bergantung pada hasil ujian dan pemeriksaan yang telah dilakukan.

Apakah gejala strok/angin ahmar?

Gejala strok/angin ahmar yang terjadi tiba-tiba termasuk yang berikut:

1) Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan
2) Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba
3) Celaru/keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang awam secara tiba-tiba
4) Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu
5) Penglihatan kabur tiba-tiba pada sebelah mata atau kedua-dua mata
6) Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan atau koordinasi secara tiba-tiba
7) Sukar menelan

Apakah jenis-jenis strok/angin ahmar?

Terdapat 2 jenis strok/angin ahmar utama:

a) Thrombotic/ischaemic stroke
Ia berlaku apabila salur darah ateri ke bahagian otak tersumbat.
b) Haemorrhagic stroke
Ini berlaku apabila salur darah ateri ke bahagian otak pecah

Apakah rawatan untuk strok/angin ahmar?

Seseorang yang disahkan mendapat strok/angin ahmar perlu :

1) Dimasukkan ke hospital untuk pengesahan punca strok dan berapa luas tisu otak
yang telah rosak.
2) Dirawat dengan pemberian ubat jika perlu
3) Pembedahan untuk menghentikan perdarahan otak jika berkaitan
4) Mulakan rawatan pemulihan/rehabilitasi secepat mungkin seperti senaman menguatkan
otot yang terlibat, latihan pertuturan dan penyesuaian kepada aktiviti harian(ADL).
5) Nasihat amalan pemakanan sihat


Bolehkah saya mengelak dari serangan stroke/angin ahmar?


Faktor risiko yang menyumbang strok/angin ahmar boleh dikurangkan seperti :

a) Kawal tekanan darah
b) Kawal tahap Kolesterol
c) Kawal penyakit Diabetes
d) Amalkan cara pemakanan sihat
e) Berhenti merokok
f) Kerap bersenam
g) Menangani tekanan mental
h) Kurangkan pengambilan minuman keras
i) Rehabilitasi/pemulihan untuk pesakit strok/angin ahmar

Kesan angin ahmar ringan selalunya mudah diatasi tetapi jika sebaliknya, ia mungkin mengakibatkan hilang upaya yang teruk dan mungkin kekal.
Oleh kerana itu, sokongan dan bantuan emosi dari keluarga, kawan-kawan dan petugas kesihatan amatlah mustahak kerana ia boleh membantu dalam proses pemulihan pesakit angin ahmar.

Rujukan : Portal Kementerian Kesihatan Malaysia

Punca Tekanan Darah tinggi


Apakah dia Tekanan Darah?

Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Jantung anda bertugas sebagai alat mengepam di mana ia menguncup dan berehat. Aktiviti ini menghasilkan tekanan yang membawa darah keseluruh badan. Tekanan darah ini berbeza bagi setiap seseorang individu dan bacaannya juga berbeza.

Bagaimana Tekanan Darah Diukur?

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan keatas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

Tekanan Darah berubah-ubah?

Perlu diketahui bahawa kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.

Apakah dia tekanan darah tinggi?

Kadar tekanan darah yang sentiasa lebih tinggi dari kadar biasa untuk suatu jangkamasa yang yang lama. Kadar tersebut adalah melebihi kadar Tekanan darah optima iaitu 130 / 80 mmHg.
Tekanan darah tinggi kebiasaannya tidak menunjukan sebarang gejala. Anda mungkin mengalami tekanan darah tinggi dan pada masa yang sama ada merasa diri anda sihat. Berjumpa doktor adalah satu-satunya cara untuk mengetahui tekanan darah anda.

Komplikasi tekanan darah tinggi

Tekanan darah tinggi secara berkekalan boleh mendatangkan komplikasi seperti berikut:
1) Serangan jantung
2) Angin ahmar
3) Kegagalan jantung
4) kerosakan buah pinggang

Langkah untuk mengelak serangan jantung?

1) Periksa tekanan darah secara berkala sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
2) tidak merokok
3) kurangkan pengambilan garam
4) kurangkan makanan berlemak
5) Kekalkan berat badan unggul
6) Bersenam secara berkala
7) Elakkan pengambilan alkohol

Rujukan : Portal kementerian Kesihatan

Punca Penyakit Jantung




Jantung
adalah satu organ penting yang mula berfungsi sejak janin sehinggalah seseorang itu meninggal dunia. Ia mengepam darah untuk membekalkan oksigen dan nutrien keseluruh badan melalui sistem peredaran darah.



Jantung yang sihat mampu mengepam sebanyak sepuluh ribu liter darah sehari dan ia akan berdenyut kira-kira seratus ribu kali sehari, iaitu diantara 60 hingga 80 kali seminit.Seseorang itu boleh menghidap dua jenis penyakit jantung, Iaitu penyakit jantung kongenital dan bukan kongenital.

Sakit jantung kongenital berlaku ketika dalam kandungan seperti jantung berlubang dan kecacatan injab jantung manakala sakit jantung bukan kongenital berlaku akibat jangkitan atau cara hidup tidak sihat seperti penyakit jantung koronari.

Faktor Risiko Serangan jantung:

1) Kurang bersenam atau tidak aktif.
2) Merokok.
3) Pemakanan yang tidak sihat.
4) Kegemukkan
5) Diabetes
6) Penyakit tekanan darah tinggi.
7) Tekanan perasaan.

Tanda Serangan Jantung:

1) Sesak nafas.
2) Sakit dada yang menekan, bermula dibahagian tengah atau kiri dada dan
lazimnya merebak ketengah atau kiri dan selalunya merebak
ke lengan kiri dan leher.
3) Sakit mencengkam sehingga boleh menyebabkan pitam atau pengsan. Berpeluh dingin.
4) Berasa sejuk walaupun suhu persekitaran panas.
5) Pening kepala dan loya.

Cara mencegah serangan jantung:

1) Bersenam sekurang-kurangnya 3x seminggu iaitu, 20 hingga 30 minit.
2) Kekalkan berat badan unggul( BMI-body mass index)
3) Makan secara sihat.
4) Berhenti merokok.
5) Belajar menangani tekanan perasaan.
6) Periksa tekanan darah.
7) Periksa glukosa darah.
8) Awasi paras kolesterol.
9) Lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala


Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia.
 
Apa itu Produk Asas 5P? Ketahuinya disini >>>