DCLsuccess.blogspot.com - Laman Fazz

DCLsuccess.blogspot.com memberikan info berkenaan produk kesihatan DCL. Mari merialisasikan impian anda di DCLsuccess . Terima kasih

Setiap Penyakit Ada Penawarnya

Hadith :
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:”Bahawa Allah telah menurunkan penyakit dan ubat dan dijadikan kepada setiap penyakit ada ubatnya, berubatlah tetapi jangan berubat dengan benda-benda yang haram.”

(Abu Daud)



Huraian
1. Setiap penyakit ada ubatnya, jika bersesuaian ubat tersebut, maka ia akan sembuh dengan izin Allah S.W.T.
2. Meskipun Islam mengharamkan penggunaan bahan-bahan tertentu seperti najis, air kencing, alkohol dan sebagainya untuk tujuan perubatan namun terdapat keadaan di mana seseorang itu diberi keharusan (rukhsah) untuk berbuat demikian iaitu bilamana berada dalam peringkat darurat (kecemasan) dan tiada lagi ikhtiar-ikhtiar lain yang boleh dilakukan. Atau dengan lain perkataan diharuskan untuk yang terpaksa.
3. Dalam masalah ini pengambilan benda-benda yang haram sebagai ubat hendaklah sekadar perlu sahaja bagi menyembuhkan penyakit yang menimpa. Manakala rawatan tersebut mestilah dikendalikan oleh seorang doktor Muslim yang dipercayai tentang agama dan ilmunya.
4. Rukhsah ialah hukum keringanan yang disyari'atkan oleh Allah dalam keadaan- keadaan tertentu (iaitu ketika dharurat) manakala pengertian darurat pula ialah kesusahan yang memudaratkan iaitu bencana yang tidak ada sesuatu yang boleh mencegahnya.
5. Selaku seorang Islam kita diwajibkan berikhtiar untuk mendapatkan rawatan yang halal dan menjauhi perkara yang haram apalagi yang melibatkan perbuatan syirik kepada Allah.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

RUMAH TERBUKA DCL




Apakah yang menarik tentang majlis ini???

Adalah dimaklumkan bahawa Majlis RumahTerbuka Pengasas akan diadakan sempena Hari RayaAidilfitri sebagaimana butiran berikut ;

Tarikh : 10 Oktober 2009 (Sabtu)

Tempat : Casa Caseh, Country Height Kajang (Kediaman Pengasas)

Masa : 11.00 pagi hingga 9.00 malam

Oleh yang demikian, semua pengedar serta usahawan DCL dijemput hadir bagi memeriahkan majlis berkenaan.

Sempena majlis berkenaan juga, pihak syarikat ada menyediakan Kupon Tebus Produk yang boleh dibeli pada harga RM7.00 di mana kupon tersebut boleh ditebus dengan produk - produk sebagaimana di bawah selain melayak cabutan berhadiah yang akan diadakan semasa Majlis Distributor Rally Lembah Klang pada 27hb Oktober 2009. Lokasi Majlis Distributor Rally akan dimaklumkan kemudian, sila rujuk Bhg. Pemasaran,HQ.

Berikut adalah senarai hadiah dan produk tebus untuk Majlis Cahaya Aidilfitri, Casa Caseh:

Hadiah Utama : Wang Tunai RM2500 x 1 pemenang

Hadiah Kedua : Wang Tunai RM500 x 5 pemenang

Hadiah Ketiga : Wang Tunai RM200 x 7 pemenang

Hadiah Keempat : Wang Tunai RM50 x 40 pemenang

Hadiah Kelima :Hadiah Misteri bernilai RM100 setiap satu x 100 pemenang

Hadiah Keenam : Saguhati: Setiap baucer tebus layak untuk ditebus dengan 1 unit D'Gnius (200)hanya pada harga RM18.80 atau 1 unit E-G'Nius(200) hanya pada harga RM19.80 atau 1unit Love Time Gel hanya pada harga RM45.00 atau 1 unit V-Gel hanya pada harga RM45.00.

ProdukTebus :
Setiap baucer tebus layak untuk ditebus dengan hadiah saguhati berikut; 1 unit D-G'Nius (200tab) hanya pada harga RM18.80 atau 1 unit E-G'Nius (200) hanya pada harga RM19.80 atau 1 unit Love Time Gel hanya pada harga RM45.00 atau 1 unit V-Gel hanya pada harga RM45.00.

SELAMAT HARI RAYA



KEPADA SEMUA PENGEDAR DCL DAN PENGGUNA PRODUK-PRODUK DCL SAYA INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA , MAAF ZAHIR DAN BATIN.BERHATI-HATI KETIKA MEMANDU PULANG KE KAMPUNG....SEMOGA ANDA AKAN LEBIH SUKSES DALAM BISNES DCL SELEPAS HARI RAYA INI...

DARIPADA :
Fazz
DCLsuccess.blogspot.com

MEROKOK MEMBAHAYAKAN DIRI DAN KELUARGA



ASAP ROKOK MENGANCAM KANAK-KANAK

Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok. Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif. Anak-anak yang didedahkan pada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mengalami pelbagai masalah kesihatan. Mereka cenderung untuk mengalami masalah seperti batuk, asma serta jangkitan paru-paru dan telinga.

BERIKAN ANAK-ANAK ANDA KEHIDUPAN YANG SIHAT

Mereka mungkin terpaksa mengidap penyakit yang berpanjangan disebabkan terdedah kepada asap rokok basi. Mereka akan membesar dengan mempercayai merokok adalah satu tabiat normal. Daya fikiran mereka mungkin menjadi lembap dan akhirnya akan hidup sengsara. Jangan lakukan ini pada mereka.
Berhenti merokok ? Kalau bukan untuk diri anda. Lakukan untuk anak-anak anda.

ASAP ROKOK BASI MEMUDARATKAN KANAK-KANAK

Anak-anak anda begitu bernilai, mereka membawa kegembiraan dan kebahagian kepada anda.
Mengenangkan mereka akan membawa senyuman ke bibir anda.
Jagalah mereka, sayangi mereka.
Berikan anak-anak anda permulaan yang baik dalam kehidupan.
Pastikan kesihatan mereka terjamin dan masa depan mereka cerah.
Berhentilah meracuni mereka dengan asap rokok.

ROKOK MENGAKIBATKAN MATI PUCUK

Rokok mengandungi berbagai-bagai bahan bahaya termasuk nikotin.
Kebiasaan merokok menyebabkan penggantungan dan ketagihan nikotin.
Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat. dengan itu nikotin mengakibatkan mati pucuk.
Kualiti sperma anda akan terganggu.
Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.

HUBUNGAN SEKS ANDA AKAN TERGANGGU

Hubungan seks adalah penting dalam kehidupan kita.
Ia membantu anda menikmati perkahwinan yang indah.
Selamatkan diri anda dari mati pucuk
Jangan biarkan diri anda menjadi mangsa nikotin.
Bertindak bijak, jangan merokok.

FIKIRKANLAH TENTANG PASANGAN ANDA

Perkahwinan adalah titik permulaan bagi hubungan indah yang suci murni. Mati pucuk akan menyumbang kepada ketidakpuasan dan mengakibatkan keretakan rumahtangga.
Jangan pentingkan diri anda, berhenti merokok. Fikirkan tentang orang lain, fikirkan tentang pasangan anda.

MEROKOK MENGAKIBATKAN STROK

Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan. Merokok menambahkan risiko penyakit berbahaya dan menyebabkan 10?12% dari kematian di Malaysia. Strok (Angin Ahmar) amat berkait rapat dengan tabiat merokok.
Kesan nikotin yang disebabkan oleh merokok merosakkan saluran darah.
Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit, dan dengan itu aliran darah akan menjadi sukar.
Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.
Sebahagian badan anda mungkin akan lumpuh dan anda mungkin maut

KURANGKAN RISIKO ANDA MENDAPAT STROK

Merokok menambahkan risiko strok (Angin Ahmar).
Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
Jangan biarkan diri anda dan keluarga anda hidup menderita.
Bantulah diri anda.
Amalkan cara hidup sihat.
Jangan merokok.

BERHENTI MEROKOK

Jangan merokok. Masa depan yang hebat menanti anda dan keluarga anda.
Lakukan aktiviti sihat seperti bersukan dan berhobi.
Hidup akan lebih bermakna jika tidak terjerat dengan ketagihan yang membazirkan.
Luahkannya dengan cara positif.
Bergiat aktif. Bebaskan diri anda dari belenggu ketagihan.

ROKOK MENGAKIBATKAN SERANGAN SAKIT JANTUNG

Merokok sememangnya satu tabiat buruk. Malangnya 50% dari golongan lelaki di Malaysia merokok. Merokok merupakan faktor risiko utama bagi penyakit bahaya dan menyebabkan 10?12% kematian di Malaysia. Serangan sakit jantung adalah berkait rapat dengan merokok.

SAYANGKAN JANTUNG ANDA

Merokok menambahkan risiko serangan sakit jantung.
Kurangkan risiko anda dengan berhenti merokok.
Jangan biarkan asap rokok membunuh anda.
Jauhilah diri dari asap rokok basi.
Belajarlah menyayangi jantung anda.
Jangan merokok.

FAKTA MEMBIMBANGKAN AKIBAT MEROKOK

50% dari golongan lelaki di Malaysia adalah perokok.
Di Kuala Lumpur, nisbah antara perokok lelaki dan wanita di bawah umur 30 tahun adalah 5:1.
Kadar merokok dari golongan remaja dan wanita semakin meningkat. 25% dari pelajar sekolah berumur 15 tahun ke atas pernah mencuba merokok dan 70% dari kumpulan ini akan menjadi perokok apabila meninggalkan bangku sekolah.
60-75% dari asap rokok akan disedut oleh orang yang tidak merokok.
Hanya 50% perokok akan dapat menjangkau umur 70 tahun.
Rakyat Malaysia membelanjakan RM1.5 bilion setiap tahun untuk membeli rokok.

ROKOK MENGAKIBATKAN KANSER PARU-PARU

Asap rokok mengeluarkan hampir 4,000 bahan kimia beracun dan 53 dari bahan kimia ini boleh mengakibatkan kanser. Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya seperti kanser paru-paru. Ia merupakan kanser paling kerap dialami golongan lelaki dan amat berkait rapat dengan tabiat merokok. Jika anda mengalaminya, peluang untuk sembuh amat kecil sekali.

SELAMATKAN DIRI ANDA DARI KANSER PARU-PARU

Setiap sedutan membawa padah.
Kenapa harus meracuni diri?
Jangan biarkan asap rokok merosakkan paru-paru anda.
Selamtkan diri dari kanser paru-paru.
Bertindak bijak, jangan merokok.

KELUARGA ANDA DAN ORANG TERSAYANG

Keluarga dan rakan-rakan anda pasti akan merasa amat sedih sekiranya mereka tahu bahawa anda sedang menderita akibat kanser paru-paru. Emosi insan-insan kesayangan anda akan terganggu apabila hidup anda menjadi hancur lebur di hadapan mata mereka. Kehidupan anda akan hanya berkisar pada keperluan perubatan yang membebankan.
Berhenti merokok ? Kalau bukan untuk diri anda, lakukanlah untuk anak-anak anda.

BAHAN TOKSIK DALAM ASAP ROKOK
Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia beracun di dalam asap rokok. Di bawah hanya beberapa bahan-bahan dan di mana ia kerap dijumpai.


sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia


 
Apa itu Produk Asas 5P? Ketahuinya disini >>>