DCLsuccess.blogspot.com - Laman Fazz

DCLsuccess.blogspot.com memberikan info berkenaan produk kesihatan DCL. Mari merialisasikan impian anda di DCLsuccess . Terima kasih

Bahaya usus

Tahukah anda bahawa pembuangan najis yang terjejas boleh membawa maut.Untuk badan dan tubuh yang sehat,seseorang haruslah sekurang-kurangnya membuang air besar 1x sehari dan sebaik2nya mengeluarkan najis dalam tempoh 8 jam selepas makan.Ini bagi memastikan usus berada pada tahap yang sehat.

Usus yang sehat juga menjamin peredaran darah yang baik dan penyerapan zat makanan.

Usus yang terganggu mengundang banyak gejala penyakit seperti Ghout,darah tinggi,migrain dan sebagainya.

Pembersihan usus juga boleh dikenali sebagai "detox" yang perlu dilakukan sekerap mgkn atau 6 bulan sekali. DCL mengeluarkan produk yang mampu membersihkan usus yang dikenali sebagai "Inte-Cleanse".Sila klik untuk mendapatkan maklumat tentang produk.

Usus merupakan gedung segala penyakit sekiranya kita tidak mementingkan aspek kesihatan.Oleh itu lindungilah usus anda supaya sehat dan lancar selalu.

Bayangkan usus lembu yang kita sembelih bagi tujuan korban atau akikah dan kita bersihkan usus binatang tersebut untuk dimakan,apa yang dapat kita lihat warna usus lembu tersebut? Bewarna hitam bukan?Lembu hanya makan rumput tetapi manusia makan bermacam-macam jenis makanan dan bayangkan apakah agaknya warna usus kita dan berapa kotorkah usus kita sejak dari kecil hingga dewasa?anda sendiri fikirkan.....

Oleh itu jagalah usus anda supaya diri anda sentiasa sehat dan dijauhi penyakit-penyakit yang boleh memudaratkan.Sesungguhnya menghindari penyakit itu adalah lebih baik daripada mengubatinya.

Hadis tentang Habbatus-sauda


Menurut Akhbar UTUSAN bertarikh Jumaat,14 0g0s 2009 mengatakan bahawa bijiran hitam(habatus-sauda) mampu mencegah diri daripada dijangkiti H1N1.Penjualan bijiran hitam di arab saudi telah meningkat dengan mendadak sebanyak 50% bagi digunakan sebagai pencegah penyakit ini.Renung-renungkanlah..........


Oleh itu pilihlah NI-gella kerana ia merupakan produk asli yang diperbuat daripada 100% bijiran hitam(habatussauda).

PENGURUSAN PEMAKANAN BAGI PESAKIT GOUT

Pengenalan

•Gout merupakan satu bentuk artritis yang akut menyebabkan kesakitan teruk dan bengkak pada bahagian sendi. Ia disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang tinggi di dalam badan.
•Asid urik terbentuk daripada pemecahan purin yang terdapat dalam kebanyakan tisu manusia dan makanan. Kebiasaannya, purin larut di dalam darah dan dikumuhkan di dalam air kencing. Pengambilan diet yang tinggi kandungan purin mungkin merupakan salah satu sebab peningkatan asid urik di dalam darah.
•Sumber protein dalam diet terutamanya daging merah dan makanan laut, mengandungi purin yang boleh meningkatkan risiko pembentukan gout.

Pengurusan Pemakanan Pesakit Gout

Sekiranya anda menghidapi gout, anda mungkin perlu mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin. Saranan bagi pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin adalah di antara 100-150 mg/ hari. Makanan dibahagikan kepada 3 kumpulan dalam pengurusan penyakit ini iaitu :

•Tinggi kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dielakkan
•Sederhana kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dihadkan
•Rendah kandungan purin : Makanan yang boleh diambil mengikut

Kumpulan Makanan

TINGGI PURIN(150-825mg purin/ 100g makanan)- makanan perlu dielak :

Makanan Berprotein - Ikan bilis, sardin, hati, ginjal lembu, otak, ikan makeral
Sup - Ekstrak daging
Lain-lain - Yis, minuman beralkohol terutama bir (Hadkan 1 minuman sebanyak 3 kali seminggu)

SEDERHANA PURIN(50-150mg purin/100g makanan)- Makanan yang perlu diambil sederhana

Bijirin dan Produk Bijirin - Roti bijirin penuh, oat, bran gandum : *Hadkan 2/3 cawan sehari

Sayur-sayuran - Asparagus, kekacang, cendawan, bayam, kobis bunga :
*Hadkan ½ cawan sehari

Makanan Berprotein - Ikan, ayam, daging, makanan laut, kekacang, lentil ( kacang dal, kacang peas)
*Ambil 2-3 hidangan sehari mengikut Panduan Diet Malaysia

Sup - Sup daging

RENDAH PURIN(0-50mg purin/ 100g makanan)- Makanan yang diambil mengikut keperluan normal

Bijirin dan Produk Bijirin - Roti, nasi, bihun, kueteow, biskut

Buah-buahan - Semua jenis buah dan jus buah

Sayur-sayuran - Kebanyakan sayuran

Makanan Berprotein - Susu dan produk tenusu, telur dan keju

Lemak dan Minyak - Semua jenis (ambil secara sederhana)

Sup - Sup sayur

Lain-lain - Minum 6-8 gelas sehari. ELAKKAN pengambilan gula, sirap, gula-gula, teh, kopi, coklat dan kastad


rujukan : Portal kementerian kesihatan malaysia

Pengurusan Pemakanan Untuk Pesakit Diabetis Mellitus

Objektif pengurusan pemakanan;

•Untuk mengekalkan paras gula pada tahap yang normal
•Untuk mengurangkan paras kolesterol dalam darah
•Untuk mengelakkan komplikasi diabetis

Terdapat tiga kumpulan makanan dalam pengurusan pemakanan untuk pesakit diabetis mellitus:

•Kumpulan 1 : Makanan yang perlu dielakkan
•Kumpulan 2 : Makanan yang diambil mengikut sukatan
•Kumpulan 3 : Makanan yang boleh diambil secara bebas

Kumpulan 1 : Makanan yang perlu dielakkan

Semua jenis gula: gula putih, gula perang, gula melaka, gula batu, madu
•Minuman manis: minuman berkarbonat / bergas, kordial, sirap
•Sapuan : jem, kaya, marmalad (jem limau)
•Gula-gula, kuih manis, kek, coklat.
•Ais krim, susu pekat manis, dadih/yogurt manis, lassi manis.
•Pencuci mulut : buah dalam tin yang ditambah sirap, agar-agar, jeli.

Kumpulan 2 : Makanan yang diambil mengikut sukatan

Item Makanan

Bijirin dan hasil bijirin

•Nasi
•Roti/ biskut/ kuih yang tidak manis
•Pasta/ makaroni/ spageti
•Mee / Mee Hoon/ Kuew Teow / Laksa
•Capati / Roti Canai / Tosai
•Ubi kentang/ ubi kayu/ keladi/ keledek

Kekacang

•Kacang tanah, Kacang hijau, Kacang merah, Kacang soya, Dhal

Susu dan hasil susu

•Susu segar
•Susu penuh krim
•Susu rendah lemak
•Susu tanpa lemak
•Susu sejat
•Low Fat Yogurt
•Keju

Buah-buahan

•Epal / limau / lai/ pir
•Pisang
•Mangga / belimbing
•Langsat / longan/ anggur
•Rambutan/ laici
•Betik / nenas / tembikai
•Nangka / Cempedak



Kumpulan 3: Makanan yang boleh diambil secara bebas

•Semua jenis sayur-sayuran: bayam, pasli, kalian, kobis, sawi, terung, kacang panjang, tomato, timun dan lain-lain. Sayur-sayuran berkanji seperti lobak merah,lobak putih, labu, boleh diambil mengikut sukatan.
•Semua minuman tanpa gula : teh Cina, air kosong, barli tanpa gula, kopi dan teh tanpa gula.

•Rempah-ratus dan herba : serbuk cili, serbuk kari, kayu manis, bunga cengkih, ketumbar, halia,serai, jintan, lada hitam, asam jawa , kunyit.

•Semua daging tanpa lemak, ayam tanpa kulit dan lemak, tauhu, telur (2-3 biji / minggu), ikan, ikan bilis tanpa kepala dan perut. Makanan ini tidak akan meningkatkan paras gula tetapi boleh mempengaruhi paras kolesterol dan tekanan darah seseorang jika diambil secara berlebihan.

Rujukan : Portal Kementerian Kesihatan Malaysia
 
Apa itu Produk Asas 5P? Ketahuinya disini >>>