DCLsuccess.blogspot.com - Laman Fazz

DCLsuccess.blogspot.com memberikan info berkenaan produk kesihatan DCL. Mari merialisasikan impian anda di DCLsuccess . Terima kasih

Bahaya kolestrol


Pernahkah anda terfikir kenapa seseorang itu boleh mengidap tekanan darah tinggi, sakit jantung dan stroke sedangkan ia seorang yang aktif bersukan dan mengamalkan gaya hidup sihat?

Pernahkan anda terdengar daripada media cetak atau elektronik pemain bola mati di tengah padang?Adakah ahli sukan ini tidak bersukan ataupun bersenam?

Menurut kajian saintis di amerika syarikat baru-baru ini dan beberapa negara lain,kolestrol dalam darah tidak mampu dipecahkan hanya dengan bersenam ataupun bersukan.Ianya memerlukan satu "dorongan" ataupun pemecah kolestrol supaya kolestrol dalam darah itu mampu di singkirkan.

Apa yang saintis ini dapat lakukan adalah mereka telah menemui satu bahan yang terbukti berkesan membantu menyingkirkan kolestrol ini sebelum ia menutup sepenuhnya saluran darah.Ianya adalah beras merah.Beras merah sebenarnya telah lama digunakan oleh masyarakat cina dalam kehidupan harian mereka sejak dahulu lagi dan terbukti masyarakat di kawasan tersebut semuanya tidak mempunyai simptom darah tinggi,stroke dan sakit jantung.

Sehingga kini masyarakat cina masih mengamalkannya termasuklah di malaysia sendiri cuma beras tersebut mahal harganya dan sukar didapati.

Namun DCL ada penawarnya. RY-Ilex mengandungi yis beras merah yang bertindak membakar kolestrol dalam darah sambil merawat pembuluh darah supaya menjadi lembut.Salur darah boleh menjadi keras dan ditambah lagi dengan kolestrol yang menutupi saluran darah tersebut mengakibatkan salur darah pecah.

Hanya ini sahaja rawatan yang berjaya merawati kolestrol dalam darah ketika ini selain membuat pembedahan salur darah yang menelan beratus ribu ringgit dan keberkesanannya boleh diragukan.

Sebenarnya alam kita membekalkan banyak penawar bagi semua penyakit cuma manusia perlu mencarinya seperti yang difirmankan oleh allah.

0 comments:

 
Apa itu Produk Asas 5P? Ketahuinya disini >>>