DCLsuccess.blogspot.com - Laman Fazz

DCLsuccess.blogspot.com memberikan info berkenaan produk kesihatan DCL. Mari merialisasikan impian anda di DCLsuccess . Terima kasih

PENGURUSAN PEMAKANAN BAGI PESAKIT GOUT

Pengenalan

•Gout merupakan satu bentuk artritis yang akut menyebabkan kesakitan teruk dan bengkak pada bahagian sendi. Ia disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang tinggi di dalam badan.
•Asid urik terbentuk daripada pemecahan purin yang terdapat dalam kebanyakan tisu manusia dan makanan. Kebiasaannya, purin larut di dalam darah dan dikumuhkan di dalam air kencing. Pengambilan diet yang tinggi kandungan purin mungkin merupakan salah satu sebab peningkatan asid urik di dalam darah.
•Sumber protein dalam diet terutamanya daging merah dan makanan laut, mengandungi purin yang boleh meningkatkan risiko pembentukan gout.

Pengurusan Pemakanan Pesakit Gout

Sekiranya anda menghidapi gout, anda mungkin perlu mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin. Saranan bagi pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin adalah di antara 100-150 mg/ hari. Makanan dibahagikan kepada 3 kumpulan dalam pengurusan penyakit ini iaitu :

•Tinggi kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dielakkan
•Sederhana kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dihadkan
•Rendah kandungan purin : Makanan yang boleh diambil mengikut

Kumpulan Makanan

TINGGI PURIN(150-825mg purin/ 100g makanan)- makanan perlu dielak :

Makanan Berprotein - Ikan bilis, sardin, hati, ginjal lembu, otak, ikan makeral
Sup - Ekstrak daging
Lain-lain - Yis, minuman beralkohol terutama bir (Hadkan 1 minuman sebanyak 3 kali seminggu)

SEDERHANA PURIN(50-150mg purin/100g makanan)- Makanan yang perlu diambil sederhana

Bijirin dan Produk Bijirin - Roti bijirin penuh, oat, bran gandum : *Hadkan 2/3 cawan sehari

Sayur-sayuran - Asparagus, kekacang, cendawan, bayam, kobis bunga :
*Hadkan ½ cawan sehari

Makanan Berprotein - Ikan, ayam, daging, makanan laut, kekacang, lentil ( kacang dal, kacang peas)
*Ambil 2-3 hidangan sehari mengikut Panduan Diet Malaysia

Sup - Sup daging

RENDAH PURIN(0-50mg purin/ 100g makanan)- Makanan yang diambil mengikut keperluan normal

Bijirin dan Produk Bijirin - Roti, nasi, bihun, kueteow, biskut

Buah-buahan - Semua jenis buah dan jus buah

Sayur-sayuran - Kebanyakan sayuran

Makanan Berprotein - Susu dan produk tenusu, telur dan keju

Lemak dan Minyak - Semua jenis (ambil secara sederhana)

Sup - Sup sayur

Lain-lain - Minum 6-8 gelas sehari. ELAKKAN pengambilan gula, sirap, gula-gula, teh, kopi, coklat dan kastad


rujukan : Portal kementerian kesihatan malaysia

0 comments:

 
Apa itu Produk Asas 5P? Ketahuinya disini >>>