DCLsuccess.blogspot.com - Laman Fazz

DCLsuccess.blogspot.com memberikan info berkenaan produk kesihatan DCL. Mari merialisasikan impian anda di DCLsuccess . Terima kasih

DCL jadikan Sarina jutawan






Petikan akhbar kosmo 10 OGOS 2009

















Sarina menunjukkan pelbagai produk keluaran DCL di Senawang, Seremban baru-baru ini.


SEREMBAN - Tidak ramai golongan wanita yang berani mengambil risiko menceburi bidang perniagaan pemasaran pelbagai peringkat (MLM) kerana pelbagai dugaan terpaksa diharungi.

Namun, kecekalan seorang bekas guru Bahasa Melayu, Sarina Hashim, 45, telah berjaya membuktikan bidang tersebut benar-benar mempunyai prospek jika tekun berusaha sehingga mampu bergelar jutawan dalam tempoh kurang dua tahun menjalankan perniagaan itu melalui syarikat De Classic Life (DCL).

"Di awal pembabitan pada tahun 2007, saya hanya mempunyai satu matlamat iaitu ingin mengubah kehidupan keluarga.
"Ternyata usaha gigih dan komitmen tinggi saya untuk hidup mewah membuatkan saya berjaya mencapai cita-cita itu,'' katanya yang telah berjaya mencapai tahap Crown Ambassador (CA) dalam tempoh setahun,'' katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Ibu kepada empat cahaya mata yang berusia antara 5 hingga 19 tahun itu berkata, setelah mengecapi kejayaan tersebut, beliau kini berazam untuk melahirkan lebih ramai usahawan khususnya di kalangan wanita dengan merangka pelbagai strategi serta program kecemerlangan MLM untuk mereka.

Sehubungan itu, beliau dan beberapa CA yang lain sering menganjurkan seminar termasuk bengkel latihan, ceramah motivasi, program pembangunan diri serta rekreasi untuk mereka yang ingin berjaya.

"Kami anjurkan pelbagai program dan seminar agar bakal usahawan ini dapat melihat peluang serta potensi yang ada pada diri mereka sendiri," katanya.

Tambah Sarina, kebanyakan mereka yang terlibat dalam program berkenaan ialah golongan berpendapatan sederhana dan profesional, suri rumah dan usahawan sepenuh masa serta separuh masa.

1 comments:

Anonymous said...

menyampah dengar si sarina ni cakap dah 13 kali gi mekah. sepanjang 8 tahun aku kenal dan ikut dia, cara dia sama jer..gunakan ayat power utk suruh org kuar duit, pas tu buat kursus..ada part nangis2..sedih2..peluk2..suruh org guna betul2 produk2..,tapi dia hanya beli cukup2 200PV, maknanya dia sendiri tak gunakan sepenuhnya produk2 tu..apa punya munafik!!!

 
Apa itu Produk Asas 5P? Ketahuinya disini >>>